Jangan Panik Bila Anak Digari - Panduan Mak Ayah

KETIKA ANAK PALING MEMERLUKAN ANDA...

Perkara paling menyakitkan bukan kerana anda tak sayang.

Bukan kerana anda tak peduli.

Tetapi kerana...

Anda benar-benar TAK TAHU apa yang perlu dibuat.

Anak Ditahan Polis?
Jangan Panik. Jangan Terus
Buat Keputusan Emosi.

Panduan "Kecemasan" 66 muka surat langkah-demi-langkah untuk mak ayah bertindak bijak di balai, lindungi hak anak, dan elak ditipu ratusan ringgit oleh 'Runner' balai.

Mockup Buku Jangan Panik Bila Anak Digari
Dapatkan Panduan Ini Sekarang
Background Lokap

Jam 1 Pagi. Telefon Berbunyi...

"Hello, ni mak ayah kepada [XXX] ke? Anak encik sekarang ada dekat balai."

Lutut terus rasa lembik. Jantung berdegup laju. Fikiran terus "blank". Anda bergegas ke balai, tapi bila sampai sana, anda tak tahu nak buat apa.

APA YANG SELALU BERLAKU APABILA MAK AYAH PANIK?

Dalam beberapa jam pertama, ramai ibu bapa sebenarnya tidak sedar bahawa mereka sedang membuat keputusan yang boleh memberi kesan besar kepada masa depan anak.

  • Percaya bulat-bulat cakap "runner" yang menjanjikan jalan pintas.
  • Viralkan kes di Facebook, TikTok atau WhatsApp kerana terlalu marah.
  • Memaksa anak mengaku semata-mata mahu kes cepat selesai.
  • Bertengkar atau meninggikan suara kepada pegawai yang sedang menjalankan siasatan.
  • Membuat keputusan besar ketika emosi sedang tidak stabil.

Hakikat yang ramai tidak sedar...

Bukan semua kes rosak kerana kesalahan asal. Ada kes yang menjadi lebih rumit kerana tindakan yang dibuat dalam keadaan panik. Satu keputusan yang salah pada saat genting boleh meninggalkan kesan yang bertahun-tahun.

Sebab itu perkara paling penting bukan bertindak pantas. Tetapi bertindak dengan betul.

Sebab itu e-book ini ditulis untuk membantu anda:

  • Kekal tenang ketika berdepan situasi yang mencemaskan.
  • Memahami proses asas penahanan, siasatan dan reman.
  • Melindungi hak serta kepentingan anak dengan cara yang betul.
  • Mengelakkan kesilapan yang boleh memburukkan keadaan.

Kerana dalam situasi seperti ini, ketenangan dan maklumat yang betul sering menjadi perbezaan antara tindakan yang membantu dan tindakan yang merugikan.

MENGAPA PANDUAN INI DITULIS?

Bukan Kerana Saya Mahu Menjual Ebook.
Tetapi Kerana Saya Sudah Terlalu Lama Melihat Perkara Yang Sama Berulang.

Selama lebih 20 tahun, saya pernah berkhidmat sebagai pegawai polis. Hampir 10 tahun daripadanya adalah sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah (IO). Dalam tempoh itu, saya melihat satu perkara yang tidak pernah berubah.

Setiap kali seorang anak ditahan polis...

Yang paling panik bukan anak itu.

Tetapi ibu bapa dan ahli keluarganya.

Telefon tidak berhenti berbunyi.
WhatsApp masuk bertalu-talu.
Ramai datang ke balai dalam keadaan kelam-kabut.
Ada yang menangis.
Ada yang marah.
Ada yang terus mendesak supaya anak mereka dibebaskan serta-merta.

Sedangkan pada ketika itu...

Pegawai penyiasat masih belum selesai mengambil percakapan.
Siasatan baru sahaja bermula.
Prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang masih perlu dilengkapkan.

Saya masih ingat, ada ibu bapa yang baru beberapa minit anaknya ditahan sudah datang ke balai dan bertanya,

"Tuan... anak saya bila boleh keluar?"

Ada juga yang datang beramai-ramai, masing-masing memberi pendapat, mendesak polis mempercepatkan siasatan, sedangkan mereka sendiri tidak memahami apa yang sedang berlaku.

Percayalah...

Saya tidak pernah marah kerana mereka sayangkan anak mereka.

Kalau saya berada di tempat mereka, mungkin saya juga akan berasa risau.

Tetapi apa yang benar-benar menyedihkan ialah...

Ramai sebenarnya membuat tindakan yang akhirnya menyukarkan keadaan anak mereka sendiri.

Bukan kerana mereka tidak sayang.
Bukan kerana mereka sengaja mahu mengganggu siasatan.
Tetapi kerana mereka tidak pernah diajar bagaimana proses ini sebenarnya berjalan.

Mereka tidak tahu kenapa seseorang perlu direman.
Mereka tidak tahu bila jaminan boleh dipertimbangkan.
Mereka tidak tahu apa hak anak mereka.
Dan mereka juga tidak tahu apa hak mereka sebagai ibu bapa.

Akibatnya...

Ramai membuat keputusan berdasarkan emosi.
Bukan berdasarkan fakta.

Sepanjang menjadi Pegawai Penyiasat, saya menjawab soalan yang hampir sama setiap hari.

Soalan yang sama.
Kekeliruan yang sama.
Kesilapan yang sama.

Akhirnya saya sedar...

Selagi tiada satu panduan yang mudah difahami oleh orang awam, perkara ini akan terus berulang.

Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk menyusun segala pengalaman, prosedur dan pengetahuan ini ke dalam sebuah panduan yang ringkas tetapi praktikal.

Panduan ini bukan ditulis untuk mengajar anda menjadi peguam.
Bukan juga untuk mempertahankan pihak polis.

Sebaliknya, ia ditulis supaya apabila saat yang tidak diingini itu benar-benar berlaku, anda tidak lagi bergantung kepada tekaan, khabar angin atau nasihat yang belum tentu betul.

Sebaliknya...

Anda tahu apa yang sedang berlaku.
Anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Dan yang paling penting...

Anda mampu membuat keputusan dengan tenang demi kepentingan anak dan keluarga anda.

Selepas Membaca Panduan Ini, Anda Akan Lebih Bersedia Untuk:

Mengetahui apa yang perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam pertama selepas anak anda ditahan polis.

Memahami bagaimana proses siasatan polis berjalan dari awal sehingga ke mahkamah.

Mengetahui bila seseorang boleh direman dan apakah hak yang dimiliki oleh keluarga.

Memahami bila jaminan boleh dipohon serta perkara yang perlu diketahui sebelum bertindak.

Mengelakkan kesilapan paling biasa yang dilakukan oleh ibu bapa ketika berada dalam keadaan panik.

Berkomunikasi dengan pegawai penyiasat dengan cara yang betul tanpa menjejaskan siasatan.

Memahami apa yang akan berlaku sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Mengetahui cara mendapatkan bantuan guaman serta memahami peranan sebenar YBGK.

Bonus Eksklusif

Bonus #1: Akses WhatsApp 3 Hari

Jika selepas membaca ebook anda masih blur:

  • • nak cakap apa dengan IO?
  • • anak boleh dijamin?
  • • perlu peguam atau tidak?
  • • apa langkah seterusnya?

Anda boleh bertanya terus kepada saya selama 3 hari.

Bonus #2: Checklist 24 Jam Pertama

Panduan pantas satu muka surat untuk tindakan terancang di balai.

Bonus #3: FAQ Lokap & Reman

Himpunan soalan paling kerap ditanya mengenai hak tahanan dan prosedur asas.

Soalan Lazim

1. Adakah panduan ini menjanjikan anak saya bebas?

Tidak, ia panduan prosedur undang-undang bagi mengelak kesilapan ketika cemas.

2. Boleh saya guna jika anak bawah umur?

Panduan ini sangat sesuai untuk semua kategori dan kes.

3. Adakah bantuan WhatsApp ini benar-benar dibalas?

Ya, saya akan membalas pertanyaan dalam tempoh 3 hari akses.

4. Bagaimana saya tahu e-book ini berkesan?

E-book ini ditulis berdasarkan SOP undang-undang Malaysia yang sebenar, merujuk kepada Kanun Prosedur Jenayah untuk rujukan rasmi yang tepat bagi kegunaan orang awam.

5. Jika saya tidak berpuas hati, boleh saya dapatkan wang semula?

Ya, kami tawarkan 100% jaminan wang dikembalikan (money back guarantee) sekiranya anda merasakan e-book serta khidmat bonus kami langsung tidak memberikan sebarang manfaat kepada situasi anda.

APA YANG ANDA AKAN TERIMA HARI INI?

E-Book "Jangan Panik Bila Anak Digari"
66 muka surat panduan langkah demi langkah.
Nilai: RM59

Bonus #1: Akses WhatsApp 3 Hari
Boleh bertanya terus jika masih keliru mengenai proses penahanan, reman atau tindakan yang perlu dilakukan.
Nilai: RM99

Bonus #2: Checklist 24 Jam Pertama Bila Anak Ditahan Polis
Panduan pantas satu muka surat yang boleh dirujuk ketika situasi kecemasan.
Nilai: RM19

Bonus #3: FAQ Lokap & Reman Malaysia Untuk Mak Ayah
Himpunan soalan paling kerap ditanya mengenai hak tahanan dan prosedur asas.
Nilai: RM29

JUMLAH NILAI KESELURUHAN: RM206

BERAPA NILAI SATU KEPUTUSAN YANG BETUL?

RM59 mungkin nampak seperti satu perbelanjaan kecil hari ini. Malah ia hampir sama dengan kos makan sebuah keluarga di restoran untuk satu malam.

Tetapi satu keputusan yang salah ketika panik boleh menyebabkan:
❌ Ditipu oleh pihak yang mengambil kesempatan.
❌ Membayar ribuan ringgit untuk perkara yang tidak perlu.
❌ Memburukkan lagi keadaan anak tanpa disedari.
❌ Menyesal kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan pada saat genting.

Sebab itu e-book ini tidak dijual pada nilai sebenar RM206.
Hari ini anda hanya perlu membayar:

RM59 SAHAJA

Penafian

Panduan ini disediakan untuk tujuan pendidikan dan memberi kefahaman kepada orang awam mengenai prosedur asas apabila seseorang ditahan polis berdasarkan pengalaman penulis serta undang-undang yang berkuat kuasa pada tarikh ia diterbitkan. Setiap kes jenayah adalah berbeza dan tertakluk kepada fakta kes, budi bicara Pegawai Penyiasat serta keputusan pihak pendakwaan dan mahkamah. Panduan ini bertujuan membantu anda memahami proses yang lazim berlaku dan tidak menjamin sesuatu keputusan atau hasil dalam mana-mana siasatan jenayah. Dengan membeli dan membaca panduan ini, segala keputusan dan tindakan yang diambil adalah atas pertimbangan dan tanggungjawab pembaca sendiri.

© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Nur Bayan Enterprise.